kaf ba ra kaf ta nun

Assalamualaikum...

Hari ini ana ingin membahasakan diri ana, ana..hehe mengade-ngade..Almaklumlah esok ana nak ke kelas arab bersama seorang uhktu yang bakal menjadi ukhtu paling rapat ana..Ana akan tinggal dengan dia selepas cuti musim panas ini. Nak duduk bersama seseorang. Ana kekadang rasa macam cuak la pulak. Takut nanti sikap ana yang pelik² nie merisaukan ukhti. Ana dah pernah je duduk bersama seseorang atau tiga orang masa zaman sekolah kat MRSM dulu. Tapi tinggal bersama serumah dengan sebilik atau sedorm bukan serupa.
Ana rasa mulai detik ini ana akan sangat occupée dengan urusan berpindah rumah, uruskan kewangan, perancanggan balik Malaysia, register universiti, and so on..Huuh, nielah masanya ana nak onkan mode machine gun..hiyakk! trrrrr..trrrrr..trrrr...baik bertindak segera sebelum ini jadi keje last minute.

Makin lama ana makin terasa yang masa itu sangat dinamik. Sifatnya bergantung kepada betapa seseorang itu memprofiterkan dia..Masa itu adalah makhluk ciptaan Allah yang sangat taat..masa itu menyatakan keAgungan dan Adilnya Allah..24 jam sehari untuk semua orang..tak lebey tak kurang..Ana tak nak bercakap bagi pihak orang lain, lebih jelas ana cakap yang ana sendiri merasakan bezanya apabila menggunakan masa untuk perkara non-lagha. Bila dalam detik² yang berjalan tu kita ingat padaNya, apa² yang dilakukan dengan penuh penghambaan dan pergantungan padaNya, terasa sangat benificial setiap detik² yang berjalan tu..insya'Allah barakah itu akan dilimpahkanNya kepada hamba²Nya yang berserah diri.
كبركتن keberkatan (^_^)v
Apa itu keberkatan? hurmm..dapat berkat dapat apa? Adehh..soalan philosophy ni.. =P
Pelbagai persepsi ada..ada yang sampai tak terterucap persepsinya tentang barakah ini..abstrak..Sebenarnya tidak ada lah persepsi yang spesifik pada difinisi barakah ini..para ulama mendifinisikan barakah ini; limpahan ketuhanan yang dicurahkan Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya agar terlihatlah kebaikan pada amalan itu. Generally, barakah itu membawa penambahan kebaikan dalam sesuatu sama ada secara lahiriyah atau batiniyah. Dengan barakah, sesuatu yang sederhana itu akan terasa kecukupannya..ye kan..?huhu..contohnya; masa, makanan..dan kasih sayang juga. Kekadang kita dengar atau kita sebut dan kita rasa, "tak cukup masa, tak cukup makan, tak cukup kasih sayang.." Orang kata dan kita kata, "takde berkat lah tu.." Haa..betul lah tu..
Seorang ukhtu yang nuuuunn jaoh kat Poland sane tuhh..ada beri satu contoh barakah..dekat dan jelas.
Rasulullah s.a.w, baginda sangat sederhana dalam kehidupan baginda sekeluarga, dengan tamar dan air pun baginda masih mampu menjalani kehidupan yang baik, sihat malah urusan baginda lebih banyak dan berat daripada kita..dalam dok berpuasa pun baginda dan para sahabat boleh berjihad fisabilillah..! Subhanallah, betapa teguh dan pekat iman dan akidah mereka...

Kita kini?Makan lebih dari cukup, siap ada suppliments vitamin C, minyak ikan kod, ma'jun, tongkat ali, tongkat atan, tongkat abu..tapi still sakit²..lemah..and tak cukup makan...? haisyyhhh..

Disitulah terlihat akan bezanya apabila ada barakah dalam kehidupan dan amalan.
Disini ana selitkan beberapa dalil berkenaan barakah..agar terbukti bahawa barakah itu wujud..bukan seperti yang disangkal oleh minda dangkal mereka yang kononnya berfikiran logik padahal sebenarnya ketandusan akidah dan bercita-cita kanak² yang akan menemui jalan buntu diakhirnya..
Kita bukan seperti mereka, kita khalifah dan hamba yang ada tujuan dan cita² besar, minda yang diteguhkan oleh akidah dan hidayah Allah, kita mentargetkan redha dan syurgaNya di akhir nanti..

ثُمَّ أَنشَأۡنَـٰهُ خَلۡقًا ءَاخَرَ‌ۚ فَتَبَارَكَ ٱللَّهُ أَحۡسَنُ ٱلۡخَـٰلِقِينَ
kemudian kami ciptakan menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain.Maha berkat Allah sebaik-baik Pencipta.
(Al Mukminun;14)
إِنَّ أَوَّلَ بَيۡتٍ۬ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِى بِبَكَّةَ مُبَارَكً۬ا وَهُدً۬ى لِّلۡعَـٰلَمِينَ
Sesungguhnya, rumah ibadat pertama yang dibangunkan untuk manusia ialah baitullah yang di Mekah yang diberkati dan mendaji petunjuk seluruh alam.
(Al-'Imran;96)
Dalam tahiyat kita semasa solat pun ada kalimah barakah..Yang ini ana dan antum sebut setiap hari..so apa kata kita cari maksud bacaan tahiyat itu..insy'Allah menambah penghayatan dan khyusuk dalam solat..
Wallahu'alam, wassalam..

hati berdarah


Kali terakhir kau datang. Kau bisikkan aku kata-kata. Aku tak pernah bayangkan sebelumnya. Kau kata kita tak dapat bersama. Tak akan dapat bersama. Aku imbas dahulu kau pernah kata tetapi yang sebaliknya. Aku tak mengerti. Tak berkata apa. Kau kaku aku akur. Kau pergi hilang mungkin buat selamanya. Aku di sini menunggu kau dan mencari dimana-mana. Akhirnya,aku jumpa. Aku dekati kau dengan gembira. Kau memberi pandangan jenaka. Malah menolak aku dan berkata kita tak pernah berjumpa..

Aku lihat kau pergi bersama. Seperti ketika kau dan aku pergi bersama. Kau genggam tangannya. Mengingatkan aku seperti suatu ketika kita bersama. Kenapa begitu singkat masa? Kanapa begitu pedih dan sakit? Lama aku tunggu tapi sakit itu tak sembuh juga.
Jadi aku pergi mencari puncanya dengan harapan dapat hilangkan sakit yang teramat ini. Punca itu aku yakin. Kau adalah puncanya.

Tak perlulah pandangan jenaka itu..pandangan terakhir kau adalah jawapan bagi contengan kau pada hati aku dengan pena yang menekan keras keatas permukaannya. Pedih..aku nampak suatu kepedihan pada kau. Tetapi kepedihan aku lebih dari itu. Dengan itu, aku fikir sakit ini akan hilang apabila kau tiada. Tetapi tidak. Malah lebih sakit dan sakit lagi dari sebelumnya.

Kini aku percaya. Yang sepatutnya hilang adalah aku . Hilang aku nanti hilang juga sakit itu. Lalu aku mencuba. Semasa detik-detik aku menghilang sedikit demi sedikit. Aku sempat coretkan nama mu pada jariku..Tiga huruf yang sudah lama tertandatangan oleh kau pada hati aku.. Detik terakhir aku, aku lihat kita bersama. Kau genggam tangan aku seperti suatu ketika kita bersama...



...aku cuba membuka mata..setelah lama aku di sana..

Aku tidak mengerti apa. Kosong dan bingung. Yang aku lihat cuma mereka dan ...

tiga huruf pada jariku yang aku tidak tahu maksudnya...

Tanya Dia



Hitam warna kesukaan dia,
senyum satu elergi, bersuara bukan hobi
dia kerap bersendiri
telinga seperti tak pernah mendengar kata-kata mereka
tak ada sebarang cerita yang menarik bagi dia selain
diri sendiri

mata dia hitam
wajah dia dilindung rambut dia yang hitam
emosi dia kabur disebalik baju dia yang hitam
cuma butir-butir salji sahaja yang terserlah
bersama dia
dingin dan mati

Aku tak hairan warna diri dia
aku tak fikir semua itu

aku cuma ingin tahu
kenapa setiap hari aku lihat dia dari tingkapku

Ada air jernih dari mata hitam itu
sedikit senyum pada wajah disebalik rambut hitam itu
Ada corak putih pada baju didalam jaket hitam itu
lampu kecil di tangan
jelas aku nampak emosi

Bila aku cuba mencari tahu
waktu itu
aku terlihat mata dia, dalamnya cerah

dia padam lampu
dia tutup rapat tingkap itu
gelap...


Aku
aku telah jatuh dalam kegelapan diri dia













Peka


K kerap ke perpustakaan, setiap hari selepas kelas, K ke sana. K duduk di meja kedua hujung di sebalik rak buku-buku fiksyen bukan untuk dipinjam. K cari buku fiksyen kegemarannya di celah buku-buku yang tidak berkenaan. K habiskan bacaan dalam masa satu jam setengah.
Selepas satu jam setengah, tumpuan bukan lagi pada buku fiksyen. Z tiba untuk bertugas. Pandangan K hanya pada Z selama Z bertugas di kaunter pinjaman. Pada K, Z seorang perpustakawan yang bijak. Semua orang juga berkata begitu. Z memang bijak dalam menjalankan tugas. Pada K, Z seorang pelajar yang kemas. Pensyarah juga berkata begitu. Z memang kemas.
Satu jam sebelum perpustakaan ditutup, Z bangun dan meninggalkan kaunter. K bangun dan meninggalkan meja kedua hujung disebalik rak buku-buku fiksyen. Seorang perpustakawan yang sangat bijak, Z tahu buku-buku yang disorokkan di celah buku-buku yang tidak berkenaan. Z ubah semuanya kecuali buku-buku fiksyen.
K bergerak keluar dari perpustakaan. Z bergerak ke satu rak buku. Z ambil satu buku fiksyen . Z buka dan sambung halaman yang sudah di tanda. Z duduk dimeja kedua hujung disebalik rak buku-buku fiksyen.
Pada Z, K seorang pelajar kreatif. Semua orang juga berkata begitu. Pada Z, K memiliki citarasa bacaan yang sangat baik. Pensyarah juga berkata begitu. K membaca buku-buku yang hebat. Z baca setiap buku dan helaian yang dibaca oleh K setiap hari selepas kelas di perpustakaan.

Sebelum setengah jam terakhir selepas perpustakaan ditutup, kata Z dan K; "pada aku dia seorang yang sangat istimewa". "Aku sukakan caranya dan aku suka dia".

Jengkel





Aku tak suka
kenapa aku kenal kau

bila aku buka, kau kata
"jangan buka, kalau tidak akan rosak"

bila aku pinjam, kau kata
"jangan pinjam, kalau tidak akan hilang"

bila aku pandang, kau kata
"jangan pandang, kalau tidak aku akan marah"

Kau keterlaluan
aku buat keputusan untuk pergi jauh dari kau

Dan
bila aku pergi, kau kata
"Jangan pergi, kalau tidak aku akan sengsara"

Semula




Kelmarin kamu senyap
kamu bilang tempoh aku dan kamu
katamu, kita dah lama tak seperti dulu
kamu ajak kita kenang sekejap
dulu kita selalu ke sana
berkongsi cerita dan ketawa

kamu
kamu memang banyak bercerita
aku suka saat itu
memang kita sudah lama tak kesana
kita semakin dewasa

katamu, ada cerita untukku
kamu suruh aku tunggu kamu di sana
kerana dahulu setiap masa
kamu tunggu aku
di sana

hari ini aku ke sana
aku bawa kertas
kamu beri aku kelmarin
di dalamnya ada rangka cerita
kata mu

aku tunggu
lama
aku bilang sampai
tiga,empat,lima
aku tunggu
lama
aku kenang masa kita di sini
satu,dua,tiga
semua

aku tunggu lama
aku buka lipatan kertas kamu

"jangan risau kalau aku tak tiba"
"cerita kita tak ada penamatnya"
...............

Kinstenbourg

Alkisah, sebuah kerajaan gah dengan hasil bumi berlipat ganda setiap tahun, rakyat jelata harmoni dan kasih akan raja mereka. Keluarga diraja dengan seorang putera sulung dan dua puteri. Kerajaan yang memiliki istana kota terindah yang pernah dilihat oleh sesiapa sahaja yang melintasi pegunungan hijau di bawahnya ada ladang-ladang anggur luas dan ternakan-ternakan sihat. Alam dipelihara sebaiknya, rakyat dan raja bekerja bersama.Setiap yang putih akan hadir hitamnya, setiap yang indah akan muncul buruknya. Begitu juga kerajaan terbaik akan hadir penentang menjatuhkan empayarnya. Seorang pemerintah yang mahukan kerajaan terhebat, sudah lama merancang akhirnya menyerang mereka. Raja yang bijaksana sudah lama bersedia. Diarahkan seluruh rakyat berpindah enam bulan sebelumnya. Akan dia pertahankan kota bersama tentera-tentera yang sangat setia. Rakyat akur walaupun pedih jiwa mereka. Tinggallah si raja tanpa keluarga sedia bertarung nyawa dibantu para tentera.

Putera muda yang setiap hari berlatih pedang dan kuda nekad serta dalam bergadai nyawa. Putera lihat ayahanda jatuh di depan mata. Tangisan dan raungan menemani baginda. Segera baginda dibawa pergi setelah kerajaan itu jatuh ketangan hitam. Pahlawan memacu kuda tanpa tahu arah mereka berdua. Tentera hitam mengejar mahukan nyawa waris negara yang bakal jadi milik mereka. Pahlawan menolak baginda dari kuda, lalu pergi berdepan dengan mereka. Nyawa baginda diserahkan kepada takdir manakala pahlawan merempuh mereka kerana panas jiwa membara. Semua gugur termasuklah dia. Siang dan malam kelam, putera muda ditemani air mata. Dingin mengigit tubuh baginda. Baginda membawa diri kemana sahaja hala kaki baginda. Rasanya seperti nyawa akan beku bersama salju yang menghempap tubuh baginda. Digagahkan juga tenaga merangkak di atas bumi yang putih itu. Dilukis sebuah kerajaan tercinta dengan ranting keras dihiasi titisan air mata baginda. Tiba-tiba baginda terlihat sebuah kolam diseberang sana. Semangat yang kian tipis membawa baginda jua. Kolam itu beku semua.Tetapi kelihatan ikan-ikan berenang dibawah air yang beku permukaanya. Baginda usaha menembusi kaca sejuk itu lalu menangkap seekor ikan yang cukup sihat dan besar untuk mengisi perut baginda. Dipanggang segera, baginda mecubit dan merasa makanan pertama buatan baginda. Enak! Walaupun bukan seperti dahulunya. Baginda mahu makan semuanya. Tiba-tiba ikan disambar. Seekor haiwan tak pernah dikenal sebelumnya. "Terlalu kecil untuk dijadikan buruan, tetapi lincah dan jahat", fikir baginda. Dikejar haiwan itu, akan disambar semula ikan milik baginda. Berlari baginda tanpa hirau kemana tujunya dia. Sampai di penghujung jalan seperti hangat terasa. Baginda terhenti dihadapan sebuah kawasan indah dan aneh bagi baginda. Seperti sebuah pekampungan, cuma haiwan yang menghuninya. Hangat, hijau, damai. Baginda akhirnya tinggal di sana. Hidup bersama alam yang sangat indah.

Sudah lumrah berdarah raja, baginda dewasa dan membina empayar di sana. Baginda banyak mengembara, lalu baginda kumpul mereka yang susah hidupnya. Terbinalah kampung, bandar lalu kerajaan yang gah seperti dahulu yang pernah diperintah ayahanda baginda. Baginda dipilih mereka sebagai raja. Baginda mahu beri nama kapada kerajaan, lalu berfikir seketika. Baginda teringat akan haiwan peliharaan baginda yang suatu masa dahulu menyambar ikan milik baginda kemudian telah membawa baginda ke tempat dimana terbinanya kerajaan mereka. Soal baginda kepada mereka apakah pangilan kepada haiwan itu, lalu kata mereka "kitten" baginda lalu menamakan kerajaan itu Kinstenbourg hampir sama namanya dengan kerajaan ayahanda baginda dahulu.
Begitulah asalnya Villa indah Kinstenbourg.

Tersenyum sendiri seorang gadis dibangku kayu bersama buku kecil pemberian jirannya. Dia, Fraide. Bakal menyambung pengajian di sebuah universiti di bandar indah, Villa Kinstenbourg. Buku tersebut dia baca kerana ingin tahu sejarah villa itu. Pasti ayahnya, seorang guru sejarah akan gembira kerana dia ada suatu informasi baru untuk diceritakan. Fraide sudah semakin suka akan villa ini selepas membaca sejarah Villa Kingstenbourg."Comel dan unik betul sejarah villa ni", komen Fraide sebelum dia bangun lalu bergerak pulang ke rumah dalam hujan dedaun kering di suatu petang September itu.