Jengkel





Aku tak suka
kenapa aku kenal kau

bila aku buka, kau kata
"jangan buka, kalau tidak akan rosak"

bila aku pinjam, kau kata
"jangan pinjam, kalau tidak akan hilang"

bila aku pandang, kau kata
"jangan pandang, kalau tidak aku akan marah"

Kau keterlaluan
aku buat keputusan untuk pergi jauh dari kau

Dan
bila aku pergi, kau kata
"Jangan pergi, kalau tidak aku akan sengsara"

Semula




Kelmarin kamu senyap
kamu bilang tempoh aku dan kamu
katamu, kita dah lama tak seperti dulu
kamu ajak kita kenang sekejap
dulu kita selalu ke sana
berkongsi cerita dan ketawa

kamu
kamu memang banyak bercerita
aku suka saat itu
memang kita sudah lama tak kesana
kita semakin dewasa

katamu, ada cerita untukku
kamu suruh aku tunggu kamu di sana
kerana dahulu setiap masa
kamu tunggu aku
di sana

hari ini aku ke sana
aku bawa kertas
kamu beri aku kelmarin
di dalamnya ada rangka cerita
kata mu

aku tunggu
lama
aku bilang sampai
tiga,empat,lima
aku tunggu
lama
aku kenang masa kita di sini
satu,dua,tiga
semua

aku tunggu lama
aku buka lipatan kertas kamu

"jangan risau kalau aku tak tiba"
"cerita kita tak ada penamatnya"
...............

Kinstenbourg

Alkisah, sebuah kerajaan gah dengan hasil bumi berlipat ganda setiap tahun, rakyat jelata harmoni dan kasih akan raja mereka. Keluarga diraja dengan seorang putera sulung dan dua puteri. Kerajaan yang memiliki istana kota terindah yang pernah dilihat oleh sesiapa sahaja yang melintasi pegunungan hijau di bawahnya ada ladang-ladang anggur luas dan ternakan-ternakan sihat. Alam dipelihara sebaiknya, rakyat dan raja bekerja bersama.Setiap yang putih akan hadir hitamnya, setiap yang indah akan muncul buruknya. Begitu juga kerajaan terbaik akan hadir penentang menjatuhkan empayarnya. Seorang pemerintah yang mahukan kerajaan terhebat, sudah lama merancang akhirnya menyerang mereka. Raja yang bijaksana sudah lama bersedia. Diarahkan seluruh rakyat berpindah enam bulan sebelumnya. Akan dia pertahankan kota bersama tentera-tentera yang sangat setia. Rakyat akur walaupun pedih jiwa mereka. Tinggallah si raja tanpa keluarga sedia bertarung nyawa dibantu para tentera.

Putera muda yang setiap hari berlatih pedang dan kuda nekad serta dalam bergadai nyawa. Putera lihat ayahanda jatuh di depan mata. Tangisan dan raungan menemani baginda. Segera baginda dibawa pergi setelah kerajaan itu jatuh ketangan hitam. Pahlawan memacu kuda tanpa tahu arah mereka berdua. Tentera hitam mengejar mahukan nyawa waris negara yang bakal jadi milik mereka. Pahlawan menolak baginda dari kuda, lalu pergi berdepan dengan mereka. Nyawa baginda diserahkan kepada takdir manakala pahlawan merempuh mereka kerana panas jiwa membara. Semua gugur termasuklah dia. Siang dan malam kelam, putera muda ditemani air mata. Dingin mengigit tubuh baginda. Baginda membawa diri kemana sahaja hala kaki baginda. Rasanya seperti nyawa akan beku bersama salju yang menghempap tubuh baginda. Digagahkan juga tenaga merangkak di atas bumi yang putih itu. Dilukis sebuah kerajaan tercinta dengan ranting keras dihiasi titisan air mata baginda. Tiba-tiba baginda terlihat sebuah kolam diseberang sana. Semangat yang kian tipis membawa baginda jua. Kolam itu beku semua.Tetapi kelihatan ikan-ikan berenang dibawah air yang beku permukaanya. Baginda usaha menembusi kaca sejuk itu lalu menangkap seekor ikan yang cukup sihat dan besar untuk mengisi perut baginda. Dipanggang segera, baginda mecubit dan merasa makanan pertama buatan baginda. Enak! Walaupun bukan seperti dahulunya. Baginda mahu makan semuanya. Tiba-tiba ikan disambar. Seekor haiwan tak pernah dikenal sebelumnya. "Terlalu kecil untuk dijadikan buruan, tetapi lincah dan jahat", fikir baginda. Dikejar haiwan itu, akan disambar semula ikan milik baginda. Berlari baginda tanpa hirau kemana tujunya dia. Sampai di penghujung jalan seperti hangat terasa. Baginda terhenti dihadapan sebuah kawasan indah dan aneh bagi baginda. Seperti sebuah pekampungan, cuma haiwan yang menghuninya. Hangat, hijau, damai. Baginda akhirnya tinggal di sana. Hidup bersama alam yang sangat indah.

Sudah lumrah berdarah raja, baginda dewasa dan membina empayar di sana. Baginda banyak mengembara, lalu baginda kumpul mereka yang susah hidupnya. Terbinalah kampung, bandar lalu kerajaan yang gah seperti dahulu yang pernah diperintah ayahanda baginda. Baginda dipilih mereka sebagai raja. Baginda mahu beri nama kapada kerajaan, lalu berfikir seketika. Baginda teringat akan haiwan peliharaan baginda yang suatu masa dahulu menyambar ikan milik baginda kemudian telah membawa baginda ke tempat dimana terbinanya kerajaan mereka. Soal baginda kepada mereka apakah pangilan kepada haiwan itu, lalu kata mereka "kitten" baginda lalu menamakan kerajaan itu Kinstenbourg hampir sama namanya dengan kerajaan ayahanda baginda dahulu.
Begitulah asalnya Villa indah Kinstenbourg.

Tersenyum sendiri seorang gadis dibangku kayu bersama buku kecil pemberian jirannya. Dia, Fraide. Bakal menyambung pengajian di sebuah universiti di bandar indah, Villa Kinstenbourg. Buku tersebut dia baca kerana ingin tahu sejarah villa itu. Pasti ayahnya, seorang guru sejarah akan gembira kerana dia ada suatu informasi baru untuk diceritakan. Fraide sudah semakin suka akan villa ini selepas membaca sejarah Villa Kingstenbourg."Comel dan unik betul sejarah villa ni", komen Fraide sebelum dia bangun lalu bergerak pulang ke rumah dalam hujan dedaun kering di suatu petang September itu.

Chaud itu dingin

Jemari dingin membasuh wajah, ku renung refleksi kosong tanpa emosi,dingin seperti pagi ini. Langkah ke tingkap melihat mentari.Dingin.Seteguk kopi hitam pekat memanaskan tekak.Aku merenung kosong terus merenung ke sana sambil kopi ku teguk sedikit-sedikit.Aku alihkan gitar tong dan kertas-kertas conteng mencari kertas yang lebih penting untuk hari ini.Kertas daripada wanita cerewet yang selalu berpandangan serong terhadap muka-muka dalam dewan kuliah.Masa yang begitu setia terus berjalan tak menunggu aku walau sedetik pun.Aku imbas kembali situasi malam tadi aku taburkan kertas-kertas termasuklah kertas yang bakal ditujukan kepada wanita itu.Ya! Aku tahu. Aku selak helaian karya Renenzitzky, aku temuinya,segera selitkan di bawah kulit buku Kimia.Semua aku muatkan aku keluar segera sebelum masa terus tinggalkan aku dan aku ditinggalkan. Kawan-kawan sudah sedia, aku dan mereka bersama basikal kami menuju ke ke kampus.Manusia berpusu-pusu menuju ke destinasi mereka masing-masing. Kenderaan beratur-atur, kanak-kanak nampak gembira berjalan melintasi lelaki bervest hijau terang yang membantu mereka melintas jalan.Kami mengucapkan selamat kepada encik Poll yang siap bertugas pagi hari yang dingin ini.Kami tak banyak berbicara, cuma Aidan masih bercerita plot-plot menarik perlawanan bola keranjang NBA siaran langsung lewat petang semalam,padahal kami semua sudah menontonnya.Melintasi pula makcik Genovia sedang mengaut dedaun kering yang asyik luruh mencorotkan permandangan taman di hadapan rumah besarnya.Pagi yang dingin.

Kayuhan diperlahankan, kami melintasi lorong-lorong di Villa Kinstenburg dimana ramai orang menikmati pagi mereka.Aku kurang mengerti,apa untuk dinikmati. Pagi ini dingin tiada apa untuk disukai.Musim ini lebih suram dan akan makin suram.Aku rasa kosong.Lintasan di hadapan kedai roti Kretz kesukaan ibu.Kesukaan aku.Aku suka bau itu,aroma roti memberi rasa yang aku sendiri tak tahu apa.Anggaran dalam sepuluh minit kelas akan bermula.Nampaknya mereka juga sedar, Yxan menunjuk ekpresi mahu berlumba.Aku sedia membalas ekspresi dia.Aku ubahkan gear ku gandakan kayuhan. Pastinya aku dihadapan.Dia tak pernah berjaya mendahului aku dari dahulu.Aku terbahak ketawa, kekalah seperti selalu untuk Yxan, tetapi aku respek dia,dia tak pernah berfikir untuk berhenti berlumba setiap pagi.Aku dapat merasa ketinggian optimisnya.Roda dua aku biar berpusing tanpa kayuhan,aku menoleh belakang dan kiri pastikan selamat menukar lorong,tayarku melanggar longgokan daun kuning-kuning,angin agak kuat meniup semua lalu berterbangan merata-rata. Disebalik hujan dedaun kuning,aku nampak juraian halus perang gelap.Setelah dedaun tiada,aku nampak seseorang baru,memang baru.Perempuan muda berambut panjang perang gelap berbaju dan skirt labuh senada dengan warna dedaun kuning tadi.Benak aku tegamam,fikiran kosong aku memutar emosi asing.Aku rasa satu status yang familiar, tetapi aku gagal menginterpretasikannya.Aku tersentak terdengar suara riuh.Kawan-kawan sedang menukar lorong mereka.Mereka memang bersantai kalau berbasikal,masih tak sedar masa berjalan juga.Aku toleh sekilas beri isyarat untuk bersegera.Mereka berempat faham dan turut besegera.

Kami tiba di kampus terus ke dewan kuliah. Jam di dewan, jarum minitnya masih belum menyentuh angka 12.Aku bersantai sementara masa belum tiba.Dewan senyap. Wanita yang dijanjikan tiba.Aku tak begitu sukakan renungan serongnya.Matanya mengakses data kehadiran disebalik kacamata merah menyala sepadan dengan gincunya.Dia sedia,lalu bersuara, "hah, semua sudah tiba.Apakata kita mulakan topik hari ini?". Kata-kata berbunyi petanyaan, tetapi tiada respon dari sesiapa."Ah, hampir saya terlupa.Akan ada pembaharuan dalam kelas nanti,tetapi bukan bersama saya, bersama Nicole.Baiklah, buka muka surat 175 dan lihat rajah 3(a)".Bunyi deruman suara-suara di dalam dewan berdiskusi tentang kata-kata Prof Julie sebentar tadi. Aku belek helai-helai muka surat topik 3, Organisasi Elektrik dan Atom. Aku tak ambil kisah hal pembaharuan atau apa sahaja dengan kampus ini.Apa yang penting, aku dapat fahami topik 3 dan kelas tamat segera. Sekarang aku nampak wanita muka besi itu kurang selesa dengan deruman suara penuntut-penuntut di dalam dewan.Dia berdiri tegak dihadapan,lalu berdehem.Semua diam kembali fokus kepada Topik 3.

Kelas hari ini tamat.Aku belari keluar dewan selepas menyerahkan tugasan wanita muka besi. Yxan dan Aidan ada di tempat locker.Kawan-kawan lain menyusul.Kami bercakap sebentar tentang perlawan petang ini; tennis menentang pasukan jiran kediaman sebelah.Wah, hebat! Aku mahu lihat sehebat mana mereka mampu menjatuhkan pasukan kami.