hati berdarah


Kali terakhir kau datang. Kau bisikkan aku kata-kata. Aku tak pernah bayangkan sebelumnya. Kau kata kita tak dapat bersama. Tak akan dapat bersama. Aku imbas dahulu kau pernah kata tetapi yang sebaliknya. Aku tak mengerti. Tak berkata apa. Kau kaku aku akur. Kau pergi hilang mungkin buat selamanya. Aku di sini menunggu kau dan mencari dimana-mana. Akhirnya,aku jumpa. Aku dekati kau dengan gembira. Kau memberi pandangan jenaka. Malah menolak aku dan berkata kita tak pernah berjumpa..

Aku lihat kau pergi bersama. Seperti ketika kau dan aku pergi bersama. Kau genggam tangannya. Mengingatkan aku seperti suatu ketika kita bersama. Kenapa begitu singkat masa? Kanapa begitu pedih dan sakit? Lama aku tunggu tapi sakit itu tak sembuh juga.
Jadi aku pergi mencari puncanya dengan harapan dapat hilangkan sakit yang teramat ini. Punca itu aku yakin. Kau adalah puncanya.

Tak perlulah pandangan jenaka itu..pandangan terakhir kau adalah jawapan bagi contengan kau pada hati aku dengan pena yang menekan keras keatas permukaannya. Pedih..aku nampak suatu kepedihan pada kau. Tetapi kepedihan aku lebih dari itu. Dengan itu, aku fikir sakit ini akan hilang apabila kau tiada. Tetapi tidak. Malah lebih sakit dan sakit lagi dari sebelumnya.

Kini aku percaya. Yang sepatutnya hilang adalah aku . Hilang aku nanti hilang juga sakit itu. Lalu aku mencuba. Semasa detik-detik aku menghilang sedikit demi sedikit. Aku sempat coretkan nama mu pada jariku..Tiga huruf yang sudah lama tertandatangan oleh kau pada hati aku.. Detik terakhir aku, aku lihat kita bersama. Kau genggam tangan aku seperti suatu ketika kita bersama...



...aku cuba membuka mata..setelah lama aku di sana..

Aku tidak mengerti apa. Kosong dan bingung. Yang aku lihat cuma mereka dan ...

tiga huruf pada jariku yang aku tidak tahu maksudnya...