Alkisah, sebuah kerajaan gah dengan hasil bumi berlipat ganda setiap tahun, rakyat jelata harmoni dan kasih akan raja mereka. Keluarga diraja dengan seorang putera sulung dan dua puteri. Kerajaan yang memiliki istana kota terindah yang pernah dilihat oleh sesiapa sahaja yang melintasi pegunungan hijau di bawahnya ada ladang-ladang anggur luas dan ternakan-ternakan sihat. Alam dipelihara sebaiknya, rakyat dan raja bekerja bersama.Setiap yang putih akan hadir hitamnya, setiap yang indah akan muncul buruknya. Begitu juga kerajaan terbaik akan hadir penentang menjatuhkan empayarnya. Seorang pemerintah yang mahukan kerajaan terhebat, sudah lama merancang akhirnya menyerang mereka. Raja yang bijaksana sudah lama bersedia. Diarahkan seluruh rakyat berpindah enam bulan sebelumnya. Akan dia pertahankan kota bersama tentera-tentera yang sangat setia. Rakyat akur walaupun pedih jiwa mereka. Tinggallah si raja tanpa keluarga sedia bertarung nyawa dibantu para tentera.
Putera muda yang setiap hari berlatih pedang dan kuda nekad serta dalam bergadai nyawa. Putera lihat ayahanda jatuh di depan mata. Tangisan dan raungan menemani baginda. Segera baginda dibawa pergi setelah kerajaan itu jatuh ketangan hitam. Pahlawan memacu kuda tanpa tahu arah mereka berdua. Tentera hitam mengejar mahukan nyawa waris negara yang bakal jadi milik mereka. Pahlawan menolak baginda dari kuda, lalu pergi berdepan dengan mereka. Nyawa baginda diserahkan kepada takdir manakala pahlawan merempuh mereka kerana panas jiwa membara. Semua gugur termasuklah dia. Siang dan malam kelam, putera muda ditemani air mata. Dingin mengigit tubuh baginda. Baginda membawa diri kemana sahaja hala kaki baginda. Rasanya seperti nyawa akan beku bersama salju yang menghempap tubuh baginda. Digagahkan juga tenaga merangkak di atas bumi yang putih itu. Dilukis sebuah kerajaan tercinta dengan ranting keras dihiasi titisan air mata baginda. Tiba-tiba baginda terlihat sebuah kolam diseberang sana. Semangat yang kian tipis membawa baginda jua. Kolam itu beku semua.Tetapi kelihatan ikan-ikan berenang dibawah air yang beku permukaanya. Baginda usaha menembusi kaca sejuk itu lalu menangkap seekor ikan yang cukup sihat dan besar untuk mengisi perut baginda. Dipanggang segera, baginda mecubit dan merasa makanan pertama buatan baginda. Enak! Walaupun bukan seperti dahulunya. Baginda mahu makan semuanya. Tiba-tiba ikan disambar. Seekor haiwan tak pernah dikenal sebelumnya. "Terlalu kecil untuk dijadikan buruan, tetapi lincah dan jahat", fikir baginda. Dikejar haiwan itu, akan disambar semula ikan milik baginda. Berlari baginda tanpa hirau kemana tujunya dia. Sampai di penghujung jalan seperti hangat terasa. Baginda terhenti dihadapan sebuah kawasan indah dan aneh bagi baginda. Seperti sebuah pekampungan, cuma haiwan yang menghuninya. Hangat, hijau, damai. Baginda akhirnya tinggal di sana. Hidup bersama alam yang sangat indah.
Sudah lumrah berdarah raja, baginda dewasa dan membina empayar di sana. Baginda banyak mengembara, lalu baginda kumpul mereka yang susah hidupnya. Terbinalah kampung, bandar lalu kerajaan yang gah seperti dahulu yang pernah diperintah ayahanda baginda. Baginda dipilih mereka sebagai raja. Baginda mahu beri nama kapada kerajaan, lalu berfikir seketika. Baginda teringat akan haiwan peliharaan baginda yang suatu masa dahulu menyambar ikan milik baginda kemudian telah membawa baginda ke tempat dimana terbinanya kerajaan mereka. Soal baginda kepada mereka apakah pangilan kepada haiwan itu, lalu kata mereka "kitten" baginda lalu menamakan kerajaan itu Kinstenbourg hampir sama namanya dengan kerajaan ayahanda baginda dahulu.
Begitulah asalnya Villa indah Kinstenbourg.
Tersenyum sendiri seorang gadis dibangku kayu bersama buku kecil pemberian jirannya. Dia, Fraide. Bakal menyambung pengajian di sebuah universiti di bandar indah, Villa Kinstenbourg. Buku tersebut dia baca kerana ingin tahu sejarah villa itu. Pasti ayahnya, seorang guru sejarah akan gembira kerana dia ada suatu informasi baru untuk diceritakan. Fraide sudah semakin suka akan villa ini selepas membaca sejarah Villa Kingstenbourg."Comel dan unik betul sejarah villa ni", komen Fraide sebelum dia bangun lalu bergerak pulang ke rumah dalam hujan dedaun kering di suatu petang September itu.